Connect with us

Oh! Media

Enggan Vaksin? Ini Tindakan Yang Dikenakan Untuk Penjawat Awam

COVID-19

Enggan Vaksin? Ini Tindakan Yang Dikenakan Untuk Penjawat Awam

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menggesa 36 penjawat awam di negeri itu supaya mempertimbangkan semula keputusan enggan menerima suntikan vaksin Covid-19.

ADVERTISEMENT

BACA: Penjawat Awam Enggan Ambil Vaksin Turut Boleh Ditamatkan Perkhidmatan

Jelasnya, 36 individu daripada 6,618 penjawat awam itu bakal berhadapan tindakan tatatertib daripada jabatan masing-masing atau Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sekiranya masih berdegil.

Sekadar gambar hiasan

Pihaknya juga telah memberi arahan kepada ketua jabatan untuk terus menasihatkan mereka mengambil suntikan vaksin dengan segera.

Mereka diminta mendapatkan pengesahan daripada doktor sama ada benar-benar tidak boleh divaksin ataupun sebaliknya, untuk kita menilainya semula.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Razali Ab Malek pula berkata, tatatertib merupakan tindakan terakhir yang akan dikenakan terhadap penjawat awam yang degil.

vaksin

Jelasnya, kerajaan negeri akan memberi ruang dalam tempoh sebulan atau dua bulan lagi kepada mereka. Selepas itu, pihaknya akan menilai dari segi tertentu sebelum mengambil tindakan sesuai.

Selain itu, kita juga akan teruskan sesi kaunseling, namun tindakan ketika ini yang dibuat adalah diasingkan mereka sebagai langkah keselamatan.

Diharapkan individu ini ubahlah fikiran demi kepentingan diri, keluarga dan masyarakat sekeliling.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

30 Hari Paling Trending

Ke Atas