Connect with us

Oh! Media

Dos Penggalak Bagi Perlindungan Optimum Covid-19 Akan Diberikan Secara Percuma

ohmedia dos penggalak

COVID-19

Dos Penggalak Bagi Perlindungan Optimum Covid-19 Akan Diberikan Secara Percuma

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin hari ini memaklumkan dos penggalak selepas vaksin akan diberikan secara percuma dan sukarela. Dos penggalak ini akan diberikan kepada kelompok pertama membabitkan warga emas 60 tahun ke atas dan petugas barisan hadapan.

Penerima dos penggalak ini juga perlu memastikan mereka telah menerima 2 dos vaksin lengkap sekurang-kurangnya 6 bulan lalu.

Dos penggalak diberikan kepada seseorang yang sebelumnya mendapat perlindungan mencukupi selepas vaksinasi lengkap, namun perlindungan itu menyusut dari semasa ke semasa.

Pemberian vaksin dalam kalangan anggota barisan hadapan dan warga emas akan dikendalikan GP, manakala kemudahan kesihatan kerajaan memberikan suntikan pelalian kepada anggota kesihatan masing-masing.

Setakat ini, kementeri Kesihatan turut memutuskan untuk memberikan dos penggalak kepada penerima dos lengkap vaksin Comirnaty keluaran syarikat Pfizer BioNTech. Ini kerana hanya vaksin Comirnaty mendapat kelulusan bersyarat oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) pada 8 Oktober lalu.

IKLAN

Khairy turut menyeru mereka yang layak untuk menerima dos tambahan ini bagi memastikan mereka dapat perlindungan optimum. Apapun, kita hanya mampu berusaha seterusnya bertawakal kepadaNya. Buat mereka yang tidak mahu menerima sebarang vaksin apatah lagi dos penggalak, elakkan dari menghasut orang lain.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas