Connect with us

Oh! Media

Bos Minta MC Atau Unpaid Leave Kalau Positif Covid? Netizen Keliru Dengan Arahan HSO

COVID-19

Bos Minta MC Atau Unpaid Leave Kalau Positif Covid? Netizen Keliru Dengan Arahan HSO

Di Twitter kecoh diperkatakan apabila ada majikan meminta sijil cuti sakit (MC) daripada pekerja yang disahkah positif Covid-19.

ADVERTISEMENT

Menurut individu itu, rakannya sebelum ini bekerja daripada rumah sahaja. Selepas disahkan positif, majikan meminta sijil cuti sakit sekiranya dia mahu berehat dan tidak dapat bekerja seperti biasa.

Hal ini telah menimbulkan kekeliruan dan perdebatan orang ramai. Netizen mengakui turut mengalami pengalaman serupa apabila mendakwa majikan menolak cuti tahunan dan memotong gaji.

Menerusi jawapan balas yang diberikan Jabatan Tenaga Kerja, majikan perlu memberikan cuti hospitalisasi. Jika cuti hospitalisasi sudah habis, barulah majikan boleh tolak daripada MC atau unpaid leave.

Sementara itu, peguam Khairul Shahrizan daripada Shahrizan & Co berpendapat majikan tidak boleh memaksa pekerja ambil cuti tanpa gaji atau cuti tahunan jika pekerja disahkan positif Covid-19.

Jelasnya lagi, Home Surveillance Order (HSO) adalah di bawah Akta Kawalan Penyakit Berjangkit dan majikan wajib mematuhi arahan yang dikeluarkan kerajaan.

Sebab dari segi undang-undang, tak jelas adakah HSO boleh menggantikan MC. Pada pandangan saya, tidak. HSO adalah berasingan daripada MC.

HSO dikeluarkan oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa, tak semestinya seorang registered medical practitioner. MC pula bawah undang-undang pekerjaan mestilah dikeluarkan oleh registered medical practitioner.

Dalam situasi Maryam (atau kawan dia), jika majikan minta masuk office, ini tidak dibenarkan sebab ada HSO, dan HSO cukup, tak perlu MC.

Tapi jika untuk konteks WFH, HSO tidak menghalang WFH, jika pekerja nak cuti juga (tak nak bekerja WFH), maka pandangan saya perlukan MC.

Menurutnya, perlu ada arahan atau penguatkuasaan yang lebih jelas mengenai isu ini kerana telah menimbulkan kekeliruan banyak pihak.

Semoga isu ini mendapat perhatian pihak berwajib dan ada polisi atau undang-undang untuk menjelaskan berkenaan kuarantin.

Artikel akan dikemaskini jika ada ulasan lanjut daripada Kementerian Sumber Manusia.

Kredit: Twitter maryamfatimah_ | Peguam Khairul Shahrizan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas