Connect with us

Oh! Media

Cikgu Lelaki Ditahan Polis, Kasari Isteri Mengandung Secara Seksual

cikgu

Oh! Tidak

Cikgu Lelaki Ditahan Polis, Kasari Isteri Mengandung Secara Seksual

Banyak pula kisah salah laku warga pendidik sekarang ni. Terbaru, seorang wanita mendakwa telah dikasari suaminya yang juga merupakan seorang cikgu secara seksual.

ADVERTISEMENT

Lebih parah apabila isterinya dilaporkan sedang hamil dan mengalami keguguran akibat perbuatan itu.

Kejadian itu berlaku di Taman Scientex, Pasir Gudang dan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Sohaimi Ishak mengesahkan perkara itu.

Dalam kejadian itu, wanita terbabit mendakwa dipukul dan dikasari secara seksual oleh suaminya pada kira-kira jam 11 malam, Ogos 2023 di kawasan Taman Scientex, Pasir Gudang.

Susulan laporan diterima, suspek yang juga suami wanita berkenaan berusia 29 tahun sudah ditahan pada 13 Januari lalu sebelum direman selama tujuh hari.

Suspek sudah dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman tapat sementara menunggu arahan lanjut daripada Timbalan Pendakwa Raya berhubung siasatan berkenaan.

Kes seperti ini akan disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan jika didapati bersalah boleh dihukum penjara selama dua puluh tahun.

Kredit: Buletin TV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas