Connect with us

Oh! Media

“Cepat Betul Perubahannya” – Pak Nil Terkejut Lihat Perubahan Kondisi Badan Zamani

Trending

“Cepat Betul Perubahannya” – Pak Nil Terkejut Lihat Perubahan Kondisi Badan Zamani

Kondisi kesihatan penyanyi, Zamani kini dilihat semakin merosot selepas video badannya yang ‘membongkok’ ketika membuat persembahan nyanyian tular beberapa bulan yang lalu.

ADVERTISEMENT

BACA: Masalah Tulang Belakang, Zamani Kelihatan Semakin ‘Membongkok’ Ketika Buat Persembahan

Keadaan itu membuatkan ramai peminat bahkan rakan artis yang lain juga menunjukkan kerisauan terhadap kondisi bekas penyanyi kumpulan Slam itu.

Pak Nil terkejut lihat kondisi Zamani

Terbaru, pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi tampil menyuarakan kerisauannya terhadap penyanyi Gerimis Mengundang itu menerusi hantaran di Instagramnya.

Menerusi hantaran Instagram tersebut, Pak Nil memaklumkan video yang dimuatnaiknya itu merupakan rakaman bagi sebuah rancangan di stesen televisyen kurang lebih enam bulan yang lalu.

Apa yang merisaukan pengacara nombor satu negara itu ialah, kondisi badan penyanyi tersebut dilihat masih berada dalam keadaan yang baik dan tidak seperti sekarang yang kelihatan ‘membongkok’.

Rakaman ini 6 bulan lalu. Badan Zamani tidak seperti yang kelihatan sekarang. Cepat Betul perubahannya.

Paknil dan team #karokesuperstar mendoa kan agar Zamani segera diberi kepulihan seperti sediakala. Amin

Semoga Zamani cepat sembuh

Perkongsian Pak Nil itu mendapat respon dari warganet. Rata-rata mereka mendoakan agar Zamani cepat sembuh dan diberikan kesihatan seperti sediakala.

Kredit: Instagram aznilnawawihm

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas