Oh! Tidak
Calon SPM Maut Bertembung Dengan Kereta, Ibu Terduduk Tatap Jenazah Anak Terbaring Tepi Jalan
Pada
Oleh
Ibu mana yang tak sedih bila dapat tahu anak meninggal disebabkan kecuaian orang lain. Semalam tular di platform X, seorang ibu terduduk lemah menatap jenazah anaknya yang sudah kaku terbaring di tepi jalan.
Difahamkan remaja yang juga calon SPM tahun ini terlibat dalam kemalangan apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta.
Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Supritenden Mohd Ambia Nordin berkata mangsa yang berumur 17 tahun itu menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC ketika kejadian.
Siasatan dijalankan mendapati kereta jenis Perodua Axia dipandu seorang lelaki dalam perjalanan dari Kampung Bukit Kuching menuju Kuala Selangor memotong kenderaan lain yang berada di hadapannya.
Mangsa yang mengalami kecederaan parah itu kemudiannya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Sy org kg bang. Moto ni dari pekan baru beli sayur. Maknya niaga katering. Jalan ni dari pekan mmg lurus je. Kesian mak arwah, tunggu2 arwah sekali dh meninggal pic.twitter.com/u0696dmtLH
— ☄️ (@cponghazmil) July 21, 2024
Difahamkan pemandu Axia tersebut sudah lambat nak pergi kursus kahwin yang menyebabkannya bertindak memotong kenderaan lain.
Lebih menyedihkan apabila seorang pengguna mengatakan ibu remaja tersebut sedang menunggu anaknya pulang dari membeli sayur di pekan.
Saya orang kampung. Motor (arwah) ni dari pekan baru beli sayur. Maknya niaga katering.
Jalan ni dari pekan memang lurus je. Kesian mak arwah, tunggu-tunggu arwah, sekali dah meninggal.
BACA: “Saya Rasa Tak Sedap Hati” – Suami Maut Dalam Kemalangan Lepas Hantar Anak Ke Sekolah
Katanya, arwah adalah anak yang rajin tolong ibu dan sangat terkilan dengan tindakan pemandu tersebut sehingga remaja itu maut.
Susulan itu, Ambia menjelaskan jenazah remaja tersebut telah di bawa ke Hospital Tanjung Karang untuk dibedah siasat.
Allahu… Kadang kita dah sehabis baik ikut peraturan tapi disebabkan orang lain, kejadian macam ni berlaku. Semoga keluarga arwah tabah menempuh dugaan ini. Al-Fatihah.
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Lelaki dedah chat isteri minta cerai sebelum ujian DNA sahkan dirinya bukan bapa kandung anak.
Murid datang sekolah dengan baju dan tudung kotor, individu luah sedih.
Suami didakwa panik selepas bertaruh talak 3 jika Argentina kalah, isteri diminta rujuk pejabat agama.
Wanita terpaksa bayar RM1,080 selepas suami tak sengaja pecahkan tester minyak wangi.
Video lelaki berpakaian wanita lengkap bertudung cetus teguran netizen di media sosial.