Connect with us

Oh! Media

“Cakap Saya Kacau Amoi Dia” – Lelaki Diugut Lepas Mesej Wanita Nak Tahu Harga Servis Urut

Ohmedia jenayah bogel

Oh! Tidak

“Cakap Saya Kacau Amoi Dia” – Lelaki Diugut Lepas Mesej Wanita Nak Tahu Harga Servis Urut

Seorang lelaki berkongsi detik menakutkan apabila diugut individu mengaku sebagai ahli kongsi gelap. Pengalaman itu dikongsinya kepada penyanyi rap Caprice yang kemudian menasihatinya supaya membuat laporan polis.

Berkongsi dengan lanjut, mangsa berkata, pada awalnya dia menghantar mesej kepada seorang wanita di internet bertanyakan mengenai servis urut.

Lelaki mesej amoi di internet tanya servis urut

Namun, niatnya hanya untuk bertanyakan harga tanpa meneruskan sebarang servis urut. Mangsa tiba-tiba dihubungi oleh individu yang mengaku sebagai ahli kongsi gelap melalui panggilan telefon dan WhatsApp.

IKLAN

Mereka menuduh mangsa telah mengganggu “bisnes” serta individu yang terlibat. Lebih teruk lagi, mereka mengugut menyatakan gambar mangsa telah dimasukkan ke dalam group dan ahli kongsi gelap akan memburunya.

Diugut individu mengaku kongsi gelap

Ugut

Berasa takut dengan ugutan, mangsa mahu menyelesaikan isu dan individu berkenaan memintanya membayar RM750 sebagai pampasan.

Tak berhenti di situ, mereka menambah lagi ugutan dengan meminta bayaran sebanyak RM3600 atas alasan terdapat masalah yang lebih besar.

Mangsa yang sudah panik tidak tahu apa yang perlu dilakukan kerana bimbang dirinya benar-benar dicari.

#OhmediaNasihat

Kisah ini menjadi peringatan penting untuk sentiasa berhati-hati ketika berurusan di internet. Jangan mudah terpedaya atau memberikan maklumat peribadi kepada individu tidak dikenali. Jika berhadapan situasi seperti ini, segera laporkan kepada pihak polis untuk perlindungan.

Ohmedia jenayah bogel

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Instagram Caprice


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas