Connect with us

Oh! Media

“Bukan Minta Dikecam, Hanya Berkongsi” – Air Hospital Di Kelantan ‘Berkarat’ Bikin Tekak Netizen Loya

Trending

“Bukan Minta Dikecam, Hanya Berkongsi” – Air Hospital Di Kelantan ‘Berkarat’ Bikin Tekak Netizen Loya

Sebut sahaja mengenai negeri Kelantan, pasti ramai akan mengaitkan negeri Cik Siti Wan Kembang itu dengan masalah air kotor yang dialami rata-rata penduduknya.

ADVERTISEMENT

BACA: Basuh Cadar Tapi Kotor Gara-Gara Air, Wanita Luah Rasa Berang Dengan Masalah Air Di Kelantan

Terbaru, seorang wanita berkongsi pengalamannya yang terkejut melihat keadaan air di sebuah hospital di Kelantan.

Menerusi perkongsiannya itu, wanita tersebut meluahkan rasa terkilannya selepas melihat keadaan air yang keluar daripada paip di wad kanak-kanak hospital tersebut.

Dapat dilihat, keadaan air yang keluar daripada paip hospital tersebut begitu kotor sehingga menyukarkan rata-rata pesakit untuk menggunakan air yang bersih sebagai kegunaan harian.

Masalah air ‘sokmo’ negeri Kelantan ni

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan kecaman terhadap keadaan air bersih di hospital tersebut dan berharap agar masalah tersebut dapat diselesaikan segera.

Balik-balik masalah air, takkan lah tiada satu badan bertanggungjawab pun yang sedar dengan masalah ni. Kesian rakyat yang menanggungnya.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas