Connect with us

Oh! Media

“Bukan Dia Yang Buat” – Tular Screenshot Kekasih Dakwa Suspek Cuma Terlibat

Kes Bunuh Hamil

Oh! Tidak

“Bukan Dia Yang Buat” – Tular Screenshot Kekasih Dakwa Suspek Cuma Terlibat

Sehingga semalam, pihak polis sudah merakam keterangan 10 individu untuk membantu siasatan kes pembunuhan seorang wanita hamil di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar, Selangor.

Orang ramai yang turut terkesan dengan kes itu memohon pembelaan sewajarnya untuk mangsa. Lebih kecoh lagi apabila seorang wanita yang mengaku sebagai teman wanita suspek mendakwa lelaki itu sangat baik.

BACA: “Dia Sangat Baik” – Belum Bertunang, Wanita Ini Mengaku Hanya Awek Suspek Bakar Sungai Besar

IKLAN

Wanita itu juga dikatakan telah memaafkan perlakuan suspek dan menyerahkan siasatan kepada pihak berkuasa. 

Suspek kes bakar sungai besar
Bakar 2jpeg 1

Terbaru, tular pula screenshot memaparkan mesej daripada seorang individu bertanyakan mengenai suspek.

Esha tiktok

Menerusi mesej itu, wanita berkenaan mendakwa bukan suspek yang melakukan jenayah itu sebaliknya hanya terlibat sama.

Tular

Malah dia turut mengiyakan selepas individu berkenaan bertanya sama ada ramai yang terlibat dengan kes pembunuhan kejam gadis berusia 21 tahun itu.

Di ruangan komen, orang ramai menasihati wanita ini supaya berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh mengeruhkan keadaan.

Jika ada sebarang maklumat, seseorang sepatutnya terus menghubungi pegawai penyiasat untuk membantu siasatan kes.

Kredit: TikTok @carljohsonnnn

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas