Oh! Tidak
Budak Lelaki 13 Tahun Mengaku Tidak Bersalah Dalam Cubaan Tikam Pemandu e-Hailing
Pada 27 November 2023, tersebar video menunjukkan seorang budak lelaki berusia 13 tahun cuba menikam seorang pemandu e-hailing dengan menggunakan pisau.
BACA: “Bukan Kalangan Keluarga Bermasalah” – Polis Dedah Punca Remaja Tik*m Pemandu E-Hailing
Kejadian itu berlaku sekitar jam 6 petang di Jalan Taman Keladi, Sundai Petani dan mangsa pula merupakan seorang warga emas, Lee Ang Hie.
Tertuduh kemudian didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan dan jika bersalah boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan denda.
Budak lelaki itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja tuduhan dibacakan.
Majistret Khairatul Animah Jelani menetapkan tarikh 17 Januari sebagai sebutan semula kes dan menetapkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin.
Kredit: Buletin TV3
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM