Connect with us

Oh! Media

Brader Tunjal Dahi Mohon Maaf, Cerita Situasi Sebenar Dari A-Z

tunjal kepala

Oh! Tidak

Brader Tunjal Dahi Mohon Maaf, Cerita Situasi Sebenar Dari A-Z

Lelaki yang tunjal dahi pemandu wanita di Jalan Tapah-Cameron Highlands baru-baru ini tampil menjelaskan situasi sebenar kejadian.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Samseng Jalanan Maki Dan Tunjal Kepala Perempuan, Netizen Minta Polis Siasat

Ketika kejadian itu berlaku, Mohammad Zaim Faiz Tarmizi dan keluarga difahamkan dalam perjalanan pulang ke Shah Alam dari Cameron Highlands.

@adanjerrr #fyp #fypシ #viral #tiktokmalaysia #foryou #semboyanmalaysia ♬ bunyi asal – Shahdan

Katanya, keadaan jalan raya semasa itu agak sesak kerana banyak kereta dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands.

Ada satu part, saya nampak ada satu kereta pacuan empat roda dan satu Perodua Myvi sedang memotong. Saya meneruskan pemanduan macam biasa, Myvi ada dekat belakang.

Ada satu part di selekoh tajam, saya fokus kepada selekoh tak pandang belakang. Ada satu kereta yang bertentangan nak masuk tiba-tiba saya nampak dia menghala ke saya sambil break kecemasan dan hon.

Dia terus pandang cermin sisi belakang dan melihat kenderaan jenis Myvi tadi nak memotong tetapi tak lepas. Dia terpaksa melakukan brek kecemasan menyebabkan kenderaan dipandunya hilang kawalan dan terkeluar daripada landasan jalan.

Katanya lagi, jika tersilap langkah sudah tentu kenderaannya akan masuk gaung termasuk kereta-kereta di belakangnya.

Anak dan isterinya yang berada di tempat duduk belakang terjatuh sehingga menyebabkan perut isterinya yang hamil terkena tempat duduk hadapan.

Lelaki ini tak dapat tahan marah melihat anak dan isterinya menjadi mangsa disebabkan kecuaian orang lain. Dia mengaku ada memberi isyarat tangan lucah dan menjerit akibat terlalu marah.

Dia semakin naik angin apabila cuba berdepan dengan pemandu tersebut namun pelbagai alasan diberikan.

Kredit: TikTok @adanjerrr

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas