Connect with us

Oh! Media

Bini Orang Skandal Dengan Laki Orang, Bercuti Berdua Tapi Bagi Alasan ‘Company Trip’

skandal pejabat

Oh! Tidak

Bini Orang Skandal Dengan Laki Orang, Bercuti Berdua Tapi Bagi Alasan ‘Company Trip’

Dalam ikatan rumah tangga, kesetiaan dan kejujuran merupakan perkara yang paling penting untuk mengekalkan keharmonian hubungan.

ADVERTISEMENT

Janganlah pula mudah membuka hati kepada orang lain sehingga berlakunya kejadian curang antara rakan sekerja.

BACA: Isteri Tangkap Basah Suami Sendiri, ‘Skandal’ Sempat Tengok Cermin Betulkan Mekap Dan Rambut

Seperti perkongsian tular di kumpulan B40 Buat Perangai Apa Harini, seorang individu mendedahkan rakan sekerjanya yang masing-masing sudah berkahwin menjalinkan hubungan terlarang di pejabat.

Lebih melampau lagi apabila mereka sampai tahap pergi bercuti berdua tetapi beri alasan ada ‘trip’ syarikat.

skandal

Di ruangan komen, orang ramai nampaknya tak terkejut apabila mereka sendiri pernah berhadapan pengalaman serupa.

Ada yang terlalu sibuk dengan urusan kerja sampai keluarga dan anak-anak terabai. Kesan daripada sikap ibu bapa yang pentingkan diri ini, anak-anak pula yang jadi mangsa.

skandal

Menurut mereka, sebagai rakan sekerja seseorang hendaklah profesional dan menjaga batas untuk mengelakkan perkara tak diingini berlaku. Bila dah kantoi, tak pasal-pasal kena tindakan tatatertib dan rumah tangga yang dibina hancur.

skandal opis

Terdahulu, seorang pengguna Twitter mendedahkan sikap terlalu ‘caring’ dan berkongsi masalah rumah tangga rakan sekerja membawa kepada hubungan badan di dalam kereta. Sebelum kantoi, pasangan itu rupa-rupanya dah kerap makan berdua.

Seramnya tengok masalah sosial dalam kalangan masyarakat sekarang ni. Semoga kita semua dijauhkan daripada perbuatan ini.

Kredit: Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas