Connect with us

Oh! Media

Bekas Pemain Bola Sepak Berjaya Ditahan Di Johor Selepas Mengaku Terlibat Kes Pecah Rumah

pemain bola sepak

Oh! Tidak

Bekas Pemain Bola Sepak Berjaya Ditahan Di Johor Selepas Mengaku Terlibat Kes Pecah Rumah

Seorang bekas pemain bola sepak dilaporkan terlibat kes pecah rumah yang berlaku di Benut, Pontian Johor. Memetik laporan Harian Metro, lelaki berusia 33 tahun itu telah ditahan pihak polis selepas cuba bertindak agresif.

ADVERTISEMENT

Kes pecah rumah itu dilaporkan berlaku pada Isnin lalu di mana mangsa mengalami kerugian puluhan ribu ringgit.

Suspek bertindak agresif apabila polis cuba menahannya menyebabkan berlaku sedikit pergelutan kerana dia tidak mahu memberikan kerjasama.

Hasil siasatan, suspek mengakui melakukan aktiviti pecah rumah sebelum dia bersama seorang lagi rakannya menunjukkan lokasi di mana hasil rompakan disimpan semalam.

pemain bola sepak

Kejadian ini disahkan Timbalan Ketua Polis Pontian, Deputi Superintendan Abdul Hamid dan kes masih dalam siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Setakat ini, identiti suspek tidak didedahkan. Bagaimanapun, suspek dikatakan merupakan bekas pemain bola sepak dan pernah beraksi bersama pasukan gergasi Liga Super di Selatan dan Utara tanah air. Suspek juga pernah bermain di Liga Thailand selama dua tahun dan bermain di Liga Jepun.

Kali terakhir beraksi adalah pada tahun 2018 Liga Super dan kemudian menukar haluan dengan bermain bersama pasukan Liga M3.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas