Connect with us

Oh! Media

Bayi Lelaki Ini Tersilap Minum Susu Campur Syabu Milik Bapa Yang Dibancuh Ibu

Bayi lelaki ohmedia

Oh! Tidak

Bayi Lelaki Ini Tersilap Minum Susu Campur Syabu Milik Bapa Yang Dibancuh Ibu

Terdapat satu kejadian dimana seorang bayi lelaki berusia setahun empat bulan minum susu tapi tersilap dibancuh dengan cecair syabu. Allahu..

Menurut laporan Harian Metro, bayi berkenaan telah dibenarkan keluar dari hospital semalam selepas dia dalam keadaan stabil dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar @ Ismail.

Bayi sudah discaj dari Hospital Kajang semalam (Sabtu) dan kini dalam jagaan neneknya. Keadaan bayi sudah pulih.

Pada awalnya, pasangan suami isteri yang sedang khayal dadah diberkas polis selepas tersilap bancuh susu anaknya guna cecair dadah syabu.

IKLAN

Kejadian itu berlaku di sebuah rumah flat Taman Medan, Petaling Jaya pada 19 Februari lepas sebelum suami isteri itu hantar bayi berkenaan ke rumah neneknya di Seri Kembangan pada hari sama.

Bayi itu dikatakan tidak berhenti menangis, terlalu aktif dan sukar untuk dikawal ketika dalam jagaan neneknya.

Neneknya mula risau dan bertanya kepada ibu mangsa yang mengaku dia tersilap bancuh susu guna syabu milik suaminya. Kesian anak jadi mangsa!

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001 dan kes akan dirujuk kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada esok, untuk arahan lanjut sama ada sambung reman atau sebaliknya.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsi dengan rakan anda melalui platform pilihan.

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas