Connect with us

Oh! Media

“Bayangkan Itu Mak Ayah Kita” – Aliff Syukri Minta Netizen Henti Keji Najib Dan Rosmah

Trending

“Bayangkan Itu Mak Ayah Kita” – Aliff Syukri Minta Netizen Henti Keji Najib Dan Rosmah

Minggu lalu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didapati bersalah selepas terlibat dengan penyelewengan wang dana SRC International Sdn. Bhd bernilai RM42 juta manakala semalam, isteri kepada Najib, Datin Seri Rosmah Mansor pula didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah bernilai RM1.25 bilion.

ADVERTISEMENT

BACA: “Terlalu Banyak Kebaikannya Untuk Saya Cerita Di Sini” – Fizo Omar Tegur Individu Sindir Najib Razak

Dapat kita lihat, keputusan dibuat mahkamah terhadap dua individu tersebut telah menyebabkan ramai warganet yang mengambil kesempatan untuk melemparkan kata-kata kejian menerusi media sosial.

Aliff Syukri minta netizen hinta hina Najib & Rosmah

Perkara ini turut mendapat respon Datuk Seri Aliff Syukri yang memuatnaik satu hantaran di Instagramnya.

Menerusi hantaran dibuat di Instagram, penyanyi dan usahawan terkenal itu menegur tindakan segelintir netizen yang seolah-olah bergembira dengan keputusan yang dijatuhkan ke atas Najib dan Rosmah.

Dugaan Najib dan Rosmah di hujung usia… jangan mengkeji dan menghina melampau.. cuba bayangkan itu mak ayah kita.

Lagipun dugaan kita nanti tak tahu lagi macam mana awak.

Dalam pada itu, Aliff turut berkongsi pengalamannya yang pernah ditahan ditahan pihak polis bagi membantu siasatan mengenai kes yang didapati tidak bersalah.

Saya nak cerita sikit kat awak ni. Dulu saya pernah naik kereta polis dan ditahan untuk  siasatan kes yang saya tidak bersalah.

Itu pun saya tak mampu tidur dan kencing sebab ketakutan dan malu. Malah itu adalah detik yang tak dapat saya lupakan seumur hidup saya.

Ini pulak kes seperti Datin Seri Rosmah dan Datuk Seri Najib.. saya tak dapat nak bayangkan perasaan tu jika saya di tempat mereka.

Aliff turut menjelaskan bahawa tulisan yang dibuatnya itu bukanlah menggambarkan bahawa dia merupakan seorang penyokong tegar dua individu berkenaan namun ia merupakan rasa simpatinya ke atas musibah yang menimpa mereka.

Saya bukanlah penyokong tegar mereka dan bukan membenci mereka tetapi ambik sebagai iktibar buat kita.

Semoga kedua-duanya tabah dengan dugaan ini yang bukan calang2. Salah atau tidak biar Allah yang tahu dan biarkan badan berwajib membuat tindakan.

Betul juga apa yang Aliff Syukri cakap tu, sekurang-sekurangnya mereka dah terima hukuman dah pun. Kita pula kena sentiasa bermuhasabah supaya punya pengakhiran hidup yang baik.

Kredit: Instagram Aliff Syukri

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas