Connect with us

Oh! Media

Tular Kemalangan Basikal Kru TV, Polis Terima Keterangan Pemandu Wanita

Trending

Tular Kemalangan Basikal Kru TV, Polis Terima Keterangan Pemandu Wanita

Baru-baru ini, seorang kru sebuah stesen televisyen, Jeffry Aziz telah menjadi mangsa dalam satu kemalangan maut ketika menunggang basikal di jalan raya berjampiran Cyberjaya.

ADVERTISEMENT

BACA: Suami Kepada Penerbit GV Yang Juga Kru TV Meninggal Dunia Kemalangan Ketika Tunggang Basikal

Menurut sumber, mangsa yang ketika itu sedang melakukan aktiviti berbasikal telah terlibat dengan kemalangan dengan sebuah kereta dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mangsa berusia 57 tahun yang juga seorang pekerja di Astro Production Sdn Bhd ketika itu sedang menunggang secara bersendirian sebelum dipercayai dilanggar sebuah kereta.

Polis selesai ambil keterangan daripada pemandu wanita

Berhubung dengan kejadian itu, polis telah pun mengambil keterangan daripada pemandu wanita yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Cyberjaya itu.

Siasatan awal mendapati pemandu itu gagal mengelak daripada melanggar mangsa yang ketika itu berada di susur keluar jalan terbabit.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintenden Azman Shari’at, pemandu berusia 28 tahun itu kemudiannya melanggar bahagian belakang basikal mangsa.

Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan.

Dalam kesempatan itu juga, Azman Shari’at juga memberikan peringatan kepada penunggang basikal supaya lebih berhati-hati di jalan raya.

Mereka perlulah mematuhi peraturan mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Ujarnya, walaupun tiada larangan untuk aktiviti berbasikal di jalan raya, namun mereka perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi menjamin keselamatan mereka dan pengguna jalan raya yang lain.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas