Oh! Tidak
Bas Pasukan Disita Sebab Hutang, Pemain Bola Terpaksa Balik Naik Basikal
Bas Beijing Guoan disita kerana hutang syarikat induk, paksa pemain pulang naik basikal. Aduhai..
Bila cakap pasal pasukan bola sepak bertaraf tinggi, kita bayangkan kemewahan dan kemudahan kelas pertama.
Tapi lain pula kisahnya dengan pendahulu Liga Super China, Beijing Guoan, yang kini jadi bualan ramai gara-gara satu insiden luar jangkaan.
Pemain terpaksa balik tunggang basikal

Lapor portal South China Morning Post, bas rasmi pasukan itu telah dirampas oleh pihak mahkamah susulan masalah hutang melibatkan syarikat induk mereka, Sinobo Group.
Disebabkan itu, pemain-pemain Guoan termasuk beberapa pemain import dilihat menunggang basikal sewa selepas sesi latihan, lengkap dengan jersi dan kasut bola.
Syarikat induk berhutang lebih RM500 juta

Masalah bermula apabila Sinobo Group yang memegang 64 peratus saham dalam kelab itu dilaporkan menanggung hutang melebihi 3.68 bilion yuan (kira-kira RM502 juta).
Pintu bas pasukan turut dilihat dilekatkan dengan pelekat rasmi Mahkamah Perantaraan Beijing sebagai bukti penyitaan.
Namun begitu, Beijing Guoan tetap komited memperkukuh pasukan menjelang musim 2025. Mereka bukan saja melantik bekas jurulatih Barcelona, Quique Setien, malah membawa masuk tujuh pemain utama baharu.
Setakat separuh musim CSL, pasukan itu kekal tanpa kalah dengan 10 kemenangan dan 5 seri, mendahului liga berdasarkan perbezaan jaringan. Pesaing terdekat mereka, Shanghai Shenhua berada di tempat kedua.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM