Connect with us

Oh! Media

Baru Tujuh Bulan Kahwin! Wanita Hamil 5 Bulan Ditangkap Khalwat Dengan Lelaki Bujang, Ambil Kesempatan Suami Kerja Jauh

Wanita hamil ditangkap khalwat ohmedia

Oh! Tidak

Baru Tujuh Bulan Kahwin! Wanita Hamil 5 Bulan Ditangkap Khalwat Dengan Lelaki Bujang, Ambil Kesempatan Suami Kerja Jauh

Sudahlah masih bergelar isteri orang, tengah hamil lima bulan pula tu, hmm… Kes ni berlaku di Kulim Hi-Tech di mana wanita ini ditangkap khalwat dengan seorang lelaki bujang di dalam rumah sewa malam tadi.

Serbuan dilakukan pasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) selepas menerima aduan. Selepas mengetuk pintu dan memberi salam selama 6 minit, wanita itu akhirnya membuka pintu dan membenarkan anggota masuk ke dalam rumah. Hasil pemeriksaan, lelaki bukan mahram ini ada di dalam bilik.

Ia menimbulkan syak berlakunya khalwat di rumah itu dan mereka ditahan untuk tindakan lanjut. Wanita itu bekerja di Kulim, manakala suaminya pula bekerja di Ipoh, Perak. Mereka baru tujuh bulan berkahwin.

Bagaimanapun, kesempatan tinggal berjauhan itu diambil oleh wanita berkenaan ketika suaminya tiada di rumah untuk membawa lelaki itu tinggal bersamanya. – Kata Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifudin Mat Saad.

Wanita ini turut mengakui dia sudah mengenali lelaki itu selama setahun disebabkan mereka bekerja di syarikat sama.

IKLAN

Kes seperti ini akan disiasat mengikut Seksyen 25(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014. Jika disabitkan kesalah boleh didenda RM3,000 atau dua bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas