Connect with us

Oh! Media

“Baru Pandai Sorry” – Selamba Buka Tingkap Buang Sampah, Lelaki Ini Kutip Dan Bagi Semula

Trending

“Baru Pandai Sorry” – Selamba Buka Tingkap Buang Sampah, Lelaki Ini Kutip Dan Bagi Semula

Pernah tak korang jumpa pemandu atau penumpang kereta yang tak bertanggungjawab di jalan raya? Mereka dengan sengaja membuang sampah daripada kenderaan di merata-rata tempat tanpa rasa bersalah.

ADVERTISEMENT

BACA: MBPP Ambil Tindakan Tegas Terhadap Lelaki Yang Membuang Sampah Di Tempat Parkir Kereta

Kadangkala orang macam ni kita kena ‘ajar’ supaya mereka tahu apa itu ‘common sense’. Seperti yang tular di Twitter ini, seorang lelaki turun daripada kereta dan mengutip semula sampah yang dibuang seorang pengguna jalan raya.

Dia mengetuk tingkap dan menghulurkan semula sampah tersebut kepada pemiliknya. Katanya sebelum turun daripada kereta dia sudah membunyikan hon beberapa kali, namun tiada respon.

Dengan nada tegas individu ini memberikan teguran dan pemilik kenderaan meminta maaf. Individu ini turut meminta orang ramai berhenti mengaitkan isu kenegerian kerana pada ketika itu dia kebetulan berada di Kelantan.

Jelasnya hal kebersihan adalah tanggungjawab individu, tiada kaitan dengan negeri.

Di ruangan komen, ada yang mendedahkan perangai serupa segelintir pemandu yang suka membuang sampah melalui tingkap.

Rata-rata mengkritik sikap mementingkan diri sendiri dan tidak bertanggungjawab pengguna jalan raya seperti itu.

Kredit: Twitter Keemfoxible

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas