Connect with us

Oh! Media

Baru Kenal Dah ‘Terlanjur’, Kes Rogol Suka Sama Suka Kian Meningkat Di Kelantan?

ke rogol

Oh! Tidak

Baru Kenal Dah ‘Terlanjur’, Kes Rogol Suka Sama Suka Kian Meningkat Di Kelantan?

Peningkatan sebanyak 46 peratus pada tahun ini di Kota Bharu, Kelantan bagi kes rogol suka sama suka yang melibatkan pasangan remaja.

ADVERTISEMENT

BACA: Ibu Saksi Anak Dirogol Bekas Suami, Tak Mampu Halang Kerana Takut Dipukul

Menurut laporan Kosmo, sebanyak 28 kes rogol pasangan remaja dilaporkan pada tahun ini berbanding 15 kes pada tahun lepas.

Kes rogol remaja berusia 16 tahun

Abdul Rahim Daud bersama pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu (Foto: Kosmo)

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, kebanyakan remaja bawah umur yang berusia 16 tahun yang terlibat dengan kes rogol ini dan punca utama adalah perkenalan di media sosial.

Perkenalan melalui media sosial dipercayai menjadi punca peningkatan kes rogol membabitkan remaja yang berusia seawal 16 tahun di daerah ini.

Kebanyakan mangsa dipercayai bertemu buat kali pertama sehingga mereka berani melakukan hubungan seks tanpa pengetahuan ahli keluarga masing-masing.

Perbuatan mereka ini terbongkar apabila mangsa disahkan mengandung. Remaja yang menjadi mangsa bukan sahaja berasal dari daerah Kota Bharu namun ada juga yang datang dari daerah lain semata-mata nak berjumpa dengan kenalan media sosial.

Ada pasangan yang sudah kenal lama dan tidak kurang pula ada yang baru berkenalan sebelum terus terlanjur semasa pertemuan pertama.

Berdasarkan laporan ibu bapa, remaja perempuan akan mengikut teman lelaki yang baru dikenali sehingga ke rumah sebelum berlaku perbuatan yang tidak bermoral.

Allahuakbar, semoga anak-anak kita dijauhkan dari perkara sebegini. Semoga ibu bapa mengambil iktibar dari kes ini dan sentiasa mengawasi gerak-geri anak di media sosial.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas