
Oh! Tidak
Bapa Saudara Campak Budak 3 Tahun Dari Tingkat 1, Bayi 40 Hari Dihempas Ke Lantai
Oleh
Dalam kejadian di Sungai Pinang, Butterworth, seorang lelaki mendakwa terdengar ‘bunyi bisikan’ sebelum bertindak mencederakan dua orang anak saudaranya berusia tiga tahun dan 40 hari.
BACA: Pelajar Tingkatan Tiga Ditikam Ketika Ingin Minum Air Di Dapur
Memetik laporan Harian Metro, suspek berusia 29 tahun telah mengelar pergelangan tangan kanannya sebelum campak kanak-kanak perempuan dari tingkat satu sebuah pangsapuri.

Kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di mulut serta patah kaki kiri. Suspek juga dipercayai menghempas bayi perempuan berusia 40 hari ke lantai menyebabkan bayi itu mengalami pendarahan di bahagian kepala.
Abang suspek memberitahu, dia terdengar ibunya menjerit meminta tolong dan melihat adik lelakinya dalam keadaan berlumuran darah dan bogel.

Dengan bantuan jiran suspek berjaya ditenangkan manakala kedua-dua mangsa dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kejadian dan berharap orang ramai dapat menghormati pendirian keluarganya.
Suspek adalah adik saya sendiri dan dia menerima rawatan tradisional kerana mempunyai masalah kesihatan sejak dua bulan lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh.
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
@ohmedia Gila murah weh satu plate tu RM2 jerr??? Kalau macam ni setiap minggu min terjah dekat sini je 📷📷 #seafood#makananseafood#sarawakianfood#makankl#cheras#ekocherasmall #ohmakan#ohmedia ♬ original sound – Oh! Media
