Connect with us

Oh! Media

Bapa Durjana Jadikan Dua Anak Kandung Hamba Nafsu Dipenjara 428 Tahun, 240 Sebatan

Trending

Bapa Durjana Jadikan Dua Anak Kandung Hamba Nafsu Dipenjara 428 Tahun, 240 Sebatan

Mahkamah Ayer Keroh hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama 428 tahun serta 240 sebatan terhadap seorang lelaki yang menjadikan dua anak kandungnya sendiri sebagai hamba seks selama tujuh tahun.

ADVERTISEMENT

BACA: Remaja OKU Kena Rogol Dengan Rakan Bapa, ‘Kantoi’ Bila Anak Mengadu Sakit Perut Dan Pinggang

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa merogol, melakukan seks luar tabii dan amang seksual fizikal terhadap dua anak kandungnya kini berusia 15 dan 19 tahun serta mengugut mahu membunuh isteri serta kedua-dua mangsa.

Hukuman yang diputuskan Hakim Mahkamah Sesyen, Nariman Badruddin itu bagaimanapun berjalan serentak menjadikan tempoh penjara selama 45 tahun dan sebatan maksimum sebanyak 24 sebatan.

Foto: Astro Awani

Ketika hukuman dijatuhkan, tertuduh menginsafi perbuatannya dan memohon maaf kepada isteri serta anak-anak. Tertuduh memohon hukuman ringan dengan alasan keadaannya uzur dan menghidap penyakit jantung, darah tinggi, diabetes, sakit kulit kronik serta masalah tulang belakang.

Terdahulu, Astro Awani melaporkan perbuatan tertuduh mula terbongkar selepas isterinya melihat tertuduh merogol mangsa di rumah mereka pada 5 September lalu.

Dilaporkan, tertuduh yang mempunyai dua isteri itu mula menjadikan anak-anaknya tempat melempiaskan nafsu selepas mereka mencecah usia 12 tahun.

Lebih menjijikkan apabila tertuduh melakukan perbuatan terkutuk itu di setiap ruang rumah termasuk atas sofa ruang tamu dan tangga rumah.

Tak cukup dengan itu, tertuduh turut memaksa mangsa melakukan hubungan seks termasuk memasukkan objek ke dalam kemaluan mangsa.

Kesemua kesalahan itu dilakukan antara 24 September 2015 sehingga 5 September 2022 lalu di sebuah rumah bernombor di Taman Thamby Chik dalam daerah Melaka Tengah.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas