Connect with us

Oh! Media

Remaja OKU Kena Rogol Dengan Rakan Bapa, ‘Kantoi’ Bila Anak Mengadu Sakit Perut Dan Pinggang

Oh! Tidak

Remaja OKU Kena Rogol Dengan Rakan Bapa, ‘Kantoi’ Bila Anak Mengadu Sakit Perut Dan Pinggang

Seorang lelaki terkejut apabila mendapat tahu anak perempuannya yang berusia 13 tahun menjadi mangsa rogol rakan sendiri.

ADVERTISEMENT

BACA: Tak Berani Jerit Sebab Takut, Remaja Dirogol Ketika Tumpang Tidur Di Rumah Ibu Saudara

Memetik laporan Harian Metro, perbuatan durjana dua rakannya itu terbongkar apabila anaknya yang merupakan kurang upaya (OKU) lembam mengadu sakit perut dan pinggang.

Si bapa kemudiannya membawa anaknya yang berusia 13 tahun bertemu bidan kampung dan diberitahu anaknya mungkin pernah melakukan hubungan intim.

Dia terus bertanyakan anak mengenai perkara itu dan mangsa mengaku pernah menjadi mangsa rogol dua rakan lelaki bapanya. Ketika itu suspek menumpang tidur di rumah mereka di Bukit Jalil.

Mangsa juga memberitahu dia dirogol beberapa kali oleh suspek ketika bapanya tiada di rumah.

Bapa telah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Jalil dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Suspek setakat ini masih belum ditahan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas