Connect with us

Oh! Media

JPJ lori balak

Oh! Tidak

Banyak Pemandu Lori Yang Bergerak Tengah Malam Rupanya Ada Muslihat!

Awal pagi tadi, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah berjaya menyita 10 lori muatan kayu getah berlebihan dalam operasi khas di Jalan Naka, Pokok Sena.

Menurut laporan Harian Metro, pemandu lori dilaporkan sengaja bergerak pada waktu tengah malam dan awal pagi untuk mengelak pengesanan pihak berkuasa. 

IKLAN

Walau bagaimanapun, taktik itu gagal apabila JPJ mengadakan rondaan tanpa henti termasuklah di kawasan kampung.

Bahaya kepada pengguna jalan raya

Muatan kayu getah yang berlebihan dan diikat tidak kukuh bukan sahaja melanggar peraturan, tetapi juga mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain.

Kayu getah boleh jatuh dan terkena penunggang motosikal atau kereta jika tidak diikat dengan baik.

Pemeriksaan mendapati keadaan lori-lori terbabit sangat uzur, termasuk:

  • Menggunakan tayar celup yang merekah.
  • Cermin hadapan retak, membahayakan pemanduan.
  • Bahagian tepi lori pecah akibat muatan berlebihan.

118 saman & 10 lori disita JPJ

Anggota Unit Operasi JPJ Pahang melakukan pemeriksaan ke atas sebuah lori balak dalam Ops Khas Lebih Muatan Lori Balak yang dijalankan di seluruh negeri pada Selasa lalu. – Foto JPJ Pahang

Dalam operasi itu, sebanyak 118 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, termasuk:

  • Tiada lesen memandu.
  • Cukai jalan tamat tempoh.
  • Kenderaan tiada insurans.
  • Ubah suai kenderaan tanpa kelulusan.
  • Tayar celup dan penyenyap bunyi yang diubah suai.

Sebanyak 38 notis arahan pemeriksaan turut dikeluarkan bagi memastikan kenderaan berkenaan mematuhi peraturan selepas ini.

JPJ sentiasa berwaspada

JPJ Kedah menegaskan bahawa rondaan akan diteruskan tanpa mengira waktu bagi memastikan keselamatan jalan raya.

Kami sentiasa melakukan rondaan, termasuk pada waktu malam, untuk memastikan semua kenderaan mematuhi peraturan.

#OhmediaNasihat

Keselamatan jalan raya bermula dari diri sendiri. Sebagai pemandu, pastikan kenderaan diselenggara dengan baik dan mematuhi peraturan. Ingat, sikap sambil lewa bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi juga nyawa pengguna jalan raya lain. Jangan kompromi keselamatan demi keuntungan!

JPJ lori balak

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas