Connect with us

Oh! Media

“Bantuan Kewangan Akan Terus Berjalan” – Tengku Zafrul

C73348ab 9911 468a b400 d0cc11b02dad

Trending

“Bantuan Kewangan Akan Terus Berjalan” – Tengku Zafrul

Dalam Belanjawan 2022 yang akan dibentangkan pada 29 Oktober ini, kerajaan dikatakan akan memfokuskan pada 3R yang akan mempercepatkan pemulihan (recovery), memperkukuhkan ketahanan ekonomi (resilience) dan menjadi pemangkin pembaharuan (reform).

BACA : Nak Mohon Bantuan Moratorium? Ini 3 Cara Yang Perlu Korang Ikuti

Menurut laporan Harian Metro, kerajaan akan terus memberi tumpuan terhadap inisiatif bajet ke arah mencapai matlamat pembangunan berterusan di pelbagai sektor dan ianya dikatakan sendiri oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

IKLAN

Bantuan kewangan juga dikatakan akan terus berjalan terutamanya bagi mereka yang paling terkesan akibat pandemik yang membabitkan kumpulan B40, penganggur dan juga golongan rentan.

Sokongan untuk perniagaan akan tetap dipermantap melalui skim pembiayaan dan akses lebih baik kepada kredit atau geran serta menyokong operasi mereka sambil memacu ke arah peningkatan automasi dan digitalisasi.

Tumpuan juga akan diberikan kepada kelestarian dan meningkatkan daya tahan aset persekitaran dan air Malaysia, sosial dan tadbir urus (ESG), sasaran pelepasan sifar bersih dan pengembangan ekonomi.

Katanya lagi, kerajaan akan meningkatkan pasaran tenaga kerja yang memfokus insentif serta memberi subsidi upah, sambil meningkatkan fiskal melalui proses perolehan dan pengurusan hutang.

Apapun, semoga kita semua dipermudahkan segala urusan bagi meneruskan kehidupan tambah lagi dalam keadaan sekarang. 

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas