Connect with us

Oh! Media

“Bahawa Saya Bersumpah” – Tular Video Baiah Ahli Pas Akan Talakkan Isteri Sekiranya Lompat Parti

Trending

“Bahawa Saya Bersumpah” – Tular Video Baiah Ahli Pas Akan Talakkan Isteri Sekiranya Lompat Parti

Akta Perlembagaan yang melarang Ahli Dewan Rakyat untuk bertukar parti mula diperkenalkan dan dikuatkuasakan pada 5 Oktober yang lalu.

ADVERTISEMENT

BACA: “Jangan Jadikan Umur Mereka Panjang Ya Allah” – Tular Parti Berkempen Sambil Berdoa Untuk Pakatan Harapan

Akta itu mula digunakan bagi memastikan tiada ahli politik yang menukar parti bagi menarik sokongan ataupun memberi sokongan kepada mana-mana individu dengan sewenang-wenangnya.

Tular video baiah pas akan talakkan isteri kalau lompat parti?

Terbaru, kecoh di Twitter mengenai video baiah ataupun perjanjian yang dibuat ahli Parti Se-Islam Malaysia (PAS) sekiranya mereka didapati melompat parti.

Menerusi video yang dimuat naik pengguna Twitter itu, seorang ahli parti politik itu membacakan baiah bahawa sekiranya dia didapati melompat parti selepas dilantik menjadi salah seorang Ahli Dewan Rakyat mahupun Negeri, maka jatuhlah talak ke atas isteri mahupun isteri-isterinya. Pergh gila lah.

Bahawa saya (ni orang yang nak jadi calon PAS ni) berikrar untuk patuh pada hukum Allah dan Rasul dan patuh pada arahan pucuk pimpinan parti yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

Dan bahawa saya bersumpah dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi sekiranya saya meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan kerelaan saya sendiri setelah terpilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat maka akan tertalak lah isteri ataupun isteri-isteri saya dengan tiga talak.

Dan segala perbelanjaan saya dengan menggunakan wang elaun ahli dewan tersebut adalah haram.

Di ruangan komen, pelbagai respon dilemparkan warganet yang begitu kecewa selepas maruah kaum wanita dan isteri ini diperlakukan sebegitu demi kepentingan politik.

Dalam pada itu, difahamkan juga bahawa video tersebut merupakan perjanjian dan baiah yang dibuat pada tahun 2015 yang lalu.

Kredit: Twitter Ajik

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas