Connect with us

Oh! Media

raba

Oh! Tidak

‘Ayahanda’ Persatuan Islam Didakwa Raba Bahagian Dada Setiausaha

Seorang wanita yang merupakan penghidap barah payu dara trauma mendakwa dirinya menjadi mangsa gangguan seksual figura terkenal bergelar ‘ayahanda’. Ayahanda mana pula buat hal ni?

BACA: Tular Video Lelaki Warga Asing Selamba Raba Pelajar Perempuan Di Pasaraya

IKLAN

Lapor Harian Metro, mangsa tampil membuat laporan polis selepas suspek didakwa bertindak agresif dengan meraba payudaranya dari belakang ketika berada di pejabat.

sekadar gambar hiasan

Kejadian itu dikatakan berlaku Mei lalu. Menceritakan dengan lanjut, dia mengenali suspek berusia 70-an sekitar 2021 ketika bekerja di syarikat membekal buruh asing milik lelaki itu.

Dia kemudian letak jawatan disebabkan masalah kesihatan anak. Ketika itu, suspek memang dikenali dengan sifatnya yang ‘gatal’ kerana sering bercakap hal lucah. Tetapi pekerja anggap ianya sebagai ‘gurauan orang tua’.

Sejak tahun lalu saya mula bekerja semula dengan lelaki itu tetapi sebagai setiausaha di sebuah persatuan Islam dan dia sebagai pengerusi.

Saya mulanya berasakan lelaki itu tidak berani membuat perkara bukan-bukan atas nama persatuan.

Malangnya tabiat miang lelaki itu masih sama, dia cuba pegang tangan, dagu dan bahagian belakang namun saya sering menjauhkan diri dan mengelak daripada berada berdua di pejabat.

Mangsa berkata, pada awalnya dia takut nak buat report polis tetapi keberanian datang selepas mendapat sokongan rakan dan ahli persatuan lain.

Tetapi, ada dalam kalangan rakan sekerja tak mahu buat report atas alasan lelaki itu dianggap seperti ‘bapa-bapa’ dan ‘datuk-datuk’.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas