Connect with us

Oh! Media

Apa Sebenarnya Presiden Vladimir Putin Mahukan Hingga Terpaksa Memilih Perang Rusia & Ukraine?

rusia

Trending

Apa Sebenarnya Presiden Vladimir Putin Mahukan Hingga Terpaksa Memilih Perang Rusia & Ukraine?

Presiden Rusia, Vladimir Putin baru-baru ini telah mengumumkan bahawa negaranya telah melancarkan perang terhadap Ukraine.

ADVERTISEMENT

Jika dahulu dunia hanya menganggap Putin hanya bercakap ‘kosong’ namun ugutannya itu akhirnya menjadi kenyataan apabila dia telah mengarahkan tenteranya untuk menyerang negara yang mempunyai 43 juta orang itu.

Serangan dilaporkan telah bermula di beberapa bandar di Ukraine seperti Kyiy, Odessan, Kharkiv dan Mariupol dan konflik peperangan antara dua negara ini masih lagi berlangsung sehingga artikel ini ditulis.

Apa sebenarnya yang Vladimir Putin mahukan?

Ringkasnya, Ukraine dan Rusia boleh dianggap sebagai ‘adik beradik’ di masa lalu. Kedua-duanya pernah bersatu dalam satu kumpulan Soviet Union iaitu sebuah kesatuan komunis terkuat pada masa tersebut.

Namun Soviet Union telah dibubar pada sekitar tahun 1991 dan Ukraine telah menjadi sebuah negara bebas setelah mereka dianugerahkan kemerdekaan oleh Presiden Rusia pada waktu itu iaitu Boris Yeltsin.

Selepas kemerdekaan Ukraine, perselisihan faham antara dua negara ini sering terjadi dan pelbagai usaha telah dilakukan bagi mendamaikan segala konflik seperti menandatangani perjanjian persahabatan namun ternyata gagal.

Sikap suka campur tangan Rusia dalam hal ehwal politik Ukraine

Rusia kemudiannya cuba untuk menguasai negara-negara bekas Soviet Union, termasuklah Ukraine.

Serangan ketenteraan Rusia pada tahun ini difahamkan adalah lebih kepada ketidakpuasan hati negara yang diperintah Valdimir Putin itu apabila tidak bersetuju dengan keputusan Ukraine mahu menyertai pakatan NATO.

Rusia dan NATO

Sebelum ini, Rusia dengan tegas meminta NATO untuk menghentikan semua aktiviti ketenteraan di Eropah Timur dan juga Ukraine. Putin juga sekeras-kerasnya meminta perikatan itu untuk tidak menerima Ukraine atau negara bekas Soviet Union lain sebagai ahli.

Pada awalnya, Putin hanya mengugut dan tidak berniat untuk menyerang Ukraine namun ianya semakin ‘panas’ apabila isu tersebut turut dimainkan negara Amerika Syarikat dan NATO sendiri.

Bagi para pemerhati dan penganalisa politik, mereka beranggapan bahawa Vladimir Putin ingin memaksa Ukraine ke sebuah perubahan penuh dari segi kepimpinan kepada Pro-Rusia.

Putin dalam sebuah esei panjang yang diterbitkan sekitar tahun 2021 pernah memanggil Rusia dan Ukraine sebagai ‘seorang’ dan mengatakan negara itu adalah sebahagian daripada Rusia yang telah ‘dicuri’ apabila Soviet Union dibubarkan pada tahun 1991.

Sehingga kini, seramai 137 rakyat Ukraine telah terbunuh dan 316 orang cedera akibat peperangan itu seperti yang dilaporkan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky.

Kredit: CNN

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas