Trending
Anggota JPJ Kejar Motosikal Meninggal Dunia Dirempuh Sebuah Kereta
Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang sedang mengejar seorang pesalah trafik maut dalam kemalangan di Jalan Lingkafan Tengah 2 (MRR2) menghala ke Plaza Tol Gombak pagi tadi.
BACA : JPJ Lanjut Tempoh Diskaun Saman Sehingga 15 Disember, Bayaran ‘Cashless’ Digalakkan
Menurut laporan Berita Harian, seorang penunggang motosikal cuba melarikan diri dari sekatan jalan raya dalam satu operasi oleh JPJ Kuala Lumpur pukul 10 pagi.
Mangsa kemudiannya cuba mengejar suspek sebelum terbabas dan jatuh di atas jalan raya. Kemudian, terdapat sebuah kereta yang merempuh mangsa kerana tidak sempat mengelak.
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan perkara ini telah dikatakan sendiri Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Mohd Zaki Ismail.
Kesiannya, disebabkan ada invididu yang buat salah tu lari, orang lain yang jadi mangsa sampai meninggal dunia. Semoga keluarga mangsa tabah atas pemergian insan tersayang.
Kredit: Berita Harian
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM