Connect with us

Oh! Media

Anak Trauma Ke Sekolah, Ibu Dedah Rupanya Ada Cikgu Lelaki Gigit Bibir Anaknya 

Oh! Tidak

Anak Trauma Ke Sekolah, Ibu Dedah Rupanya Ada Cikgu Lelaki Gigit Bibir Anaknya 

Seorang ibu kepada kanak-kanak lelaki meluahkan rasa terkilan apabila anaknya trauma untuk pergi ke sekolah setiap kali hari Ahad. Dah kenapa tu?

ADVERTISEMENT

Menerusi satu hantaran di Facebook, ibu kepada kanak-kanak yang dikenali sebagai Puan Eyma itu rasa ‘pelik’ apabila anaknya kerap pulang dari seklah dalam keadaan muram, tambah lagi apabila kanak-kanak lelaki itu merupakan seorang yang pendam apabila diganggu kawan-kawan lain.

Saya sebagai seroang ibu boleh rasa macam ada sesuatu tidak kena sebab Abe Cik (anak) jenis tak bagitahu apa-apa terjadi di sekolah. Dia jenis pendam, orang kacau dia ke apa.

Pertanyaan Abe Cik ni berlarutan setiap kali hari persekolahan bermula. Jadi, lama-lama saya macam pelik seperti anak mempunyai masalah setiap kali pergi ke sekolah dalam keadaan ‘monyok’.

Jadi, balik sahaja Abe Cik dari sekolah dengan muka sedih seperti baru lepas menangis, saya tanya ‘Kenapa Cik balik menangis? Ada kawan-kawan buli ke?

Tak sangka rupanya bibir kanak-kanak lelaki itu digigit oleh seorang guru lelaki dan perkara ini dikatakan sendiri anaknya.

Puan Eyma akui terkejut sebaik sahaja mendengar butiran penjelasan yang keluar dari mulutnya apabila mengetahui bibir anaknya digigit oleh guru lelaki.

Dedahnya lagi, dia seakan tidak percaya bahawa seorang guru tergamak bertindak sedemikian dan mendapat gelak tawa oleh rakan-rakan guru lain apabila anak murid mengadu domba.

Trauma

Memang cikgu Nor (guru lelaki) terkenal di sekolah, suka gigit orang. Semua budak tengok dia akan lari ketakutan, takut kena pegang dan gigit…

Anak-anak cakap ada cikgu yang tahu sebab kadang anak murid kena gigit sampai nangis depan cikgu lain dan cikgu tersebut gelakkan dia.

Bukan tu jer, Puan Eyma mengatakan yang terdapat juga pelajar perempuan yang pernah menjadi mangsa guru itu siap ada bukti lagi. Allahu!

Terbaharu, Puan Eyma memaklumkan dia sudah pun pergi ke sekolah dan berjumpa dengan guru besar bagi menuntut keadilan buat anak dan nasib para pelajar.

Katanya, pihak sekolah telah pun mengambil tindakan keras terhadap sikap guru terbabit dan ia dijalankan secara berperingkat mengikut prosedur ditetapkan.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas