
Oh! Tidak
“Dah Tunggu La Situ” – Anak Tertinggal Di Stesen Minyak, Reaksi Ibu Undang Kecaman Netizen
Oleh
Baru-baru ini tular di media sosial mengenai insiden seorang budak lelaki tertinggal di sebuah stesen minyak Seremban.
BACA: Elak Strok Haba, Pakar Kesihatan Minta Jangan Tinggal Anak Dalam Kereta
Rakaman video yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna Twitter memaparkan budak lelaki itu menelefon ibunya menggunakan telefon bimbit milik pekerja stesen minyak tersebut. Namun, reaksi ibu dalam telefon sedikit sebanyak mengundang perhatian netizen.
Tertinggal anak di stesen minyak
Macam mana parents dia boleh tak perasan dia takde dalam kereta 😌 pic.twitter.com/DY7PMOgMVc
— ًِ (@bckupacc99) May 17, 2023
Dalam video tersebut, kedengaran ibu kepada budak tersebut meninggikan suara memarahi tindakan anaknya keluar dari kereta tanpa memberitahunya.
Dah tunggu je lah dekat situ, bertuah betul lah budak ini.
Tetapi, hal ini menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen dan rata-rata warganet bersetuju reaksi ibunya adalah tidak patut dan dianggap lalai.

Kalau situasi macam ini, apa pendapat korang?
Kredit: Twitter
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
