Connect with us

Oh! Media

Anak Sesak Nafas Dan Pening Termakan Biskut Dibuat Bapa, Rupanya Ada Bahan Terlarang

Biskut ganja ohmedia

Oh! Tidak

Anak Sesak Nafas Dan Pening Termakan Biskut Dibuat Bapa, Rupanya Ada Bahan Terlarang

Gara-gara termakan biskut yang dibuat bapanya, seorang kanak-kanak perempuan dikejarkan ke hospital selepas mengalami sesak nafas.

Kejadian yang berlaku di Lawin, Gerik Perak itu disahkan pihak polis selepas kandungan biskut itu disyaki dicampur dengan ganja.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri menerima laporan polis daripada pembantu perubatan Klinik Kesihatan Lawin pada jam 10.26 malam. Hasil pemeriksaan air kencing bapa kanak-kanak terbabit yang merupakan seorang penoreh getah juga didapati positif dadah tetrahydrocannabinol (THC).

IKLAN

Selepas dirujuk ke klinik kesihatan, mangsa kemudiannya di bawa ke Hospital Gerik dan dirujuk ke Hospital Taiping untuk pemeriksaan dan rawatan selanjutnya.

Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kredit: Harian Metro

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas