Connect with us

Oh! Media

Anak Jadi Mangsa Pemuas Nafsu Suami Kantoi Dengan Bini!

Rogol

Oh! Tidak

Anak Jadi Mangsa Pemuas Nafsu Suami Kantoi Dengan Bini!

Jadi mangsa pemuas nafsu kepada bapa kandung sendiri! Itulah yang terjadi kepada seorang pelajar perempuan yang baru saja berusia 15 tahun. Allahu, kesian adik tu.

ADVERTISEMENT

BACA : Bapa Tergamak Rogol Anak Kandung Ketika Isteri Keluar Bekerja

Menurut laporan Kosmo Online, perkara ini terbongkar selepas suspek yang merupakan bapa kandung mangsa kantoi tidur bersama anaknya oleh isterinya sendiri. Kemudian, ibu kepada mangsa terus membawa anak tunggalnya itu untuk membuat laporan polis dan penangkapan suspek dibuat pada Khamis lalu di rumah mereka.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata bahawa suspek masuk ke bilik dan merogol mangsa pada pukul 1 pagi 1 Januari lalu.

Hasil siasatan lanjut mendapati pelajar perempuan itu dirogol sepanjang tahun 2020 hingga Januari tahun ini.

Bukan tu jer, mangsa turut diugut tidak memberitahu perbuatan terkutuk bapanya itu sekiranya tidak mahu ibunya dibunuh. Oleh kerana takut dan tidak mahu perkara buruk berlaku terhadap ibunya, mangsa terus berdiam dan tidak melakukan sebarang tindakan.

Suspek direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan.

Kredit: Kosmo Online

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. Hmm

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top