Connect with us

Oh! Media

Alasan Covid-19, Zimbabwe Umum Bakal Jual Lesen Tembak Gajah

Trending

Alasan Covid-19, Zimbabwe Umum Bakal Jual Lesen Tembak Gajah

Sejak virus Covid-19 ini merebak ke seluruh dunia, hampir keseluruhan negara merasai derita dan memberikan kesan kepada setiap negara untuk menjana pendapatan dari pelbagai sektor oleh sebab virus yang menular ini.

ADVERTISEMENT

Negara seperti Zimbabwe bakal mencetuskan kontroversi apabila kerajaan negara itu telah mengumumkan bakal menjual lesen menembak 500 gajah terancam sebagai alasan untuk mengatasi krisis ekonomi di negara mereka.

Menurut laporan akhbar New York Post, Zimbabwe mengalami masalah kewangan lebih-lebih lagi pendapatan dalam sektor pelancongan yang merupakan salah satu sektor terpenting negara itu untuk menjana pendapatan akibat daripada penutupan sempadan berikutan penularan Covid-19.

Di sini, kami makan apa yang kami bunuh. Pada tahun-tahun biasa, kami mempunyai anggaran AS$25 juta (RM103 juta) untuk menampung ekonomi negara dan sebahagian besarnya datang daripada sukan perburuan.

Walaubagaimanapun, Jurucakap Pusat Pemerintahan Sumber Asli, Simiso Mlevu membatah sekeras-kerasnya cadangan negara itu selain turut mengatakan bahawa perkara itu tidak masuk akal dan kejam.

Kami sangat mengutuk perbuatan mengumpul ‘piala’ daripada aktiviti memburu haiwan liar kerana ia satu amalan yang mengganggu binatang tersebut dan mewujudkan konflik antara manusia dan hidupan liar.

Terdapat banyak lagi alternatif yang lebih inovatif boleh dilakukan oleh kerajaan selain daripada melakukan perkara kejam ini untuk menjana pendapatan bagi mengatasi krisis ekonomi.

Untuk pengetahuan semua, gajah hutan Afrika kini berada dalam senarai spesies yang terancam pupus dan gajah savana pula diklasifikasikan sebagai terancam.

Kredit: Kosmo!, New York Post

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas