Connect with us

Oh! Media

“Akibat Khianat Sihir Syiling Disaluti Tanah Kubur, Merana Satu Badan..”

Cover Photo Om 1200 X 675   2021 11 26t130919258

Trending

“Akibat Khianat Sihir Syiling Disaluti Tanah Kubur, Merana Satu Badan..”

Jangan tak percaya, dah nak masuk 2022 pun masih ada orang yang menggunakan sihir untuk menjatuhkan orang lain. Jalan singkat ini biasanya diambil untuk membalas dendam dan memuaskan hati sendiri.

BACA: (VIDEO) Disihir Orang Terdekat, Penyanyi Ai Wahida Muntah Keluar Jarum & Paku Berpuluh Batang

Seperti perkongsian lelaki ini, dia menasihati orang ramai supaya tidak sembarangan mengambil duit syiling yang dijumpai di kawasan rumah.

IKLAN

Bersama hantaran itu, dia turut menyertakan foto wang RM1 dan syiling yang diselitkan di compressor penghawa dingin luar rumah, dekat tempat ikan dan dalam peti surat.

Syiling2

Dipercayai ianya adalah salah satu cara untuk melakukan khianat, orang ramai diminta berhati-hati dan mengabaikan syiling yang wujud secara tiba-tiba.

Dia memberi contoh syiling di lantai ketika hendak masuk kereta sedangkan awalnya ianya tiada di situ.

Syiling3

Tambahnya lagi, akibat sihir syiling disaluti tanah kubur, seseorang boleh merana satu badan. Pada waktu malam dia akan berasa bisa-bisa dan sakit.

Fuh, seram pula. Diharapkan orang-orang yang masih menggunakan ilmu hitam seperti ini insaf dan kembali kepada Allah SWT.

Kredit: Facebook Are Fiq

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas