Connect with us

Oh! Media

Akhirnya Kes Harta Sepencarian Untuk Aisyah Hijanah Selesai, Ini Apa Kata Alif Teega 

Aisyah Hijanah Alif Teega

Oh! Tidak

Akhirnya Kes Harta Sepencarian Untuk Aisyah Hijanah Selesai, Ini Apa Kata Alif Teega 

Akhirnya! Kes harta sepencarian untuk usahawan terkenal, Aisyah Hijanah selesai dibicarakan di mahkamah hari ini.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan mStar, Aisyah meluahkan rasa syukur apabila syarikat yang diusahakan bersama suaminya, Alif Teega kini menjadi miliknya.

Hari ini kita baru sahaja habis perbicaraan untuk kes harta sepencarian yang kita sudah persetujui sebelum ini.

Hari ini selesai sudah semua dan disahkan oleh hakim. Syarikat Hijanah ini kita uruskan bersama tapi Alhamdulillah Alif pun sudah serahkan sepenuhnya atas nama Aisyah.

Bukan tu jer, Alif juga berkata yang pemberian syarikat itu bukanlah untuk menunjukkan yang isteri pertamanya seorang yang tamak tapi sebenarnya Aisyah layak sebab dia yang uruskan syarikat itu sendiri.

Apa yg kita buat hari ini bukan menunjukkan isteri tamak, nak bolot semua. Dia (Aisyah) sesuai dapat apa yang dia dapat.

Selayaknya Aisyah dapat sepenuhnya harta ini. Benda ini sepatutnya dibuat sebelum poligami. Isteri ada hak minta apa yang dia nak.

Alif juga ada jawab pertanyaan mengenai pembahagian harta buat isteri keduanya, Fatin.

Rezeki dia ada. Tak semestinya kita bagi (Aisyah) semuanya, dia (Fatin) tidak dapat apa. Dia (Aisyah) sesuai dapat apa yang dia  dapat.

Takkan yang diusahakan ini, yang kedua tak merasa. Biarlah Aisyah uruskan. Dia (Fatin) ada rezeki dia. Ada bahagian dia.

Apapun, semoga Alif Teega dan Aisyah Hijanah kekal bahagia hingga ke akhirnya. 

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas