Connect with us

Oh! Media

Ahli Boleh Keluarkan RM9,000 Hingga RM60,000 Dari Akaun 1 KWSP, Ini Syaratnya…

Oh! Tidak

Ahli Boleh Keluarkan RM9,000 Hingga RM60,000 Dari Akaun 1 KWSP, Ini Syaratnya…

Berita ini pastinya memberikan sedikit harapan dan nafas lega kepada mereka yang sangat memerlukan pada saat yang sukar ini.

Berdasarkan laporan Harian Metro, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memutuskan untuk merperluaskan lagi skop i-Sinar yang melibatkan mereka yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau yang hilang sumber pendapatan.

Ahli layak boleh membuat permohonan bermula Disember 2020. Amaun akan dikreditkan dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat.

Pengkreditan pertama akan bermula pada Januari 2021. Jumlah pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan. – Kata sumber.

Jadi, kita boleh membuat permohonan dan sekiranya lulus kita boleh mengeluarkan 10 peratus wang daripada baki amaun simpanan di dalam Akaun 1.

Ini bermaksud sekiranya kita mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah dalam Akaun 1, kita boleh mengeluarkan amaun sehingga RM9,000 maksimum.

Bagaimanapun, jumlah ini tidak akan diberikan secara one off tetapi akan dikreditkan secara berkala sehingga enam bulan dengan pendahuluan pertama sebanyak RM4,000.

Untuk mereka yang mempunyai baki melebihi RM90,000 pula boleh keluarkan sehingga RM60,000 maksimum.

Ahli mempunyai baki lebih daripada RM90,000 dalam Akaun 1, akan mempunyai akses 10 peratus, namun jumlah maksimum boleh didahulukan adalah RM60,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000. – Jelasnya lagi.

Sebagai contoh, apabila kita sudah dapat kerja dan caruman bersambung semula, 100 peratus akan dimasukkan semula ke dalam Akaun 1 sehingga jumlah yang dikeluarkan digantikan. Selepas cukup, pecahan akan kembali kepada 70 peratus Akaun 1 dan 30 peratus Akaun 2.

Apa-apapun, buat mereka yang merangcang untuk menyertai i-Sinar, lakukanlah perancangan yang sebaiknya atau berjumpa dengan penasihat kewangan bagi memastikan pengeluaran yang dilakukan tepat.

Pihak KWSP juga telah menjangkakan sebanyak 2 juta ahli akan diluluskan permohonan mereka dan melibatkan sejumlah RM14 bilion.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top