Connect with us

Oh! Media

Adik Zaid 22 Bulan Jatuh Bangunan Tinjau Kini Ditidurkan

zaid

Trending

Adik Zaid 22 Bulan Jatuh Bangunan Tinjau Kini Ditidurkan

Sebelum ini tersebar satu kejadian kanak-kanak 22 bulan telah mengalami pendarahan dalaman di bahagian otak selepas terjatuh dari bangunan tinjau. Kejadian ini berlaku di Taman Rekreasi Wetland Setia Alam dan telah mendapat perhatian ramai.

ADVERTISEMENT

Dalam perkembangan terkini, adik Zaid Harith telah ditidurkan sepenuhnya bagi mengelakkan berlaku pendarahan yang lebih serius.

Zaid ditidurkan sepenuhnya untuk elak ‘second brain injury’. (Masa jatuh semalam ‘first brain injury’. ‘Second brain injury’ adalah apa-apa injury selepas jatuh, yang disebabkan oleh faktor lain.

Kepala belah kiri bengkak sebab ada pendarahan bawah ‘scalp’, tengkorak sebelah kiri retak namun pendarahan di otak sangat kecil, tak significant, mungkin tak perlu operation. – Kata ibu saudaranyam Huda Mahmud.

Huda juga memaklumkan bahagian anggota badan dan organ lain tidak mengalami apa-apa kecederaan serius. Bagaimanapun, doktor memaklumkan adik Zaid masih dalam keadaan kritikal dan tekanan darah agak rendah.

Untuk pengetahuan, adik Zaid sebelum ini telah dilaporkan terjatuh dari aras dua bangunan tinjau ke bawah selepas lantai kayu tiba-tiba patah.

Mangsa dilaporkan terjatuh dari aras dua bangunan tinjau di Taman Rekreasi Wetland Setia Alam.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bersimpati

Pihak MBSA dimaklumkan telah melakukan semakan dan mendapati taman itu berada di bawah pengurusan pemaju Bandar Setia Alam.

Pihak MBSA akan membantu memanjangkan isu ini kepada pihak pemaju untuk tindakan lanjut bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini berlaku.

Pemaju juga diminta untuk membuat penyelenggaraan dan pemantauan berkala bagai taman-taman awam yang masih belum diserahkan kepada MBSA.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas