Connect with us

Oh! Media

Ada Yang Salahkan Isteri Tak Layan Suami Jadi Punca Pakcik Buat Perkara Tak Senonoh?

pakcik

Oh! Tidak

Ada Yang Salahkan Isteri Tak Layan Suami Jadi Punca Pakcik Buat Perkara Tak Senonoh?

Terdahulu, tular di rata-rata media sosial video memaparkan tindakan keji seorang lelaki yang dilihat sedang memuaskan nafsu sendiri dengan ‘beronani’ menggunakan pakaian dalam wanita yang disidai di ampaian.

ADVERTISEMENT

Susulan itu, seorang pengguna Twitter telah memuat naik satu ciapan yang memaparkan beberapa keping gambar komen-komen yang ditinggalkan pada video tersebut.

Menerusi gambar tersebut, dilihat ada segelintir netizen yang malah mempersoalkan dan menyalahkan mangsa wanita terbabit kerana menyidai pakaian dalamnya di luar rumah.

Of course masih salah perempuan tu sebab sidai baju kat luar, salah isteri lelaki tu sebab tak layan nafsu dia, Anything but the perpetrator.

onani

Meninjau di ruangan balas ciapan tersebut, ianya telah menjadi perdebatan dalam kalangan netizen apabila ada juga yang menyalahkan isteri lelaki berkenaan yang didakwa tidak melayan nafsu suaminya.

So salah kita ke nak sidai baju bagi kena matahari? Orang tu elok dah sidai hat pakaian dalam tersorok disebalik dinding maknanya dia pun reti malu. Aku tak boleh brain tetappp orang nak salahkan si penyidai baju. – netizen

Memang ada orang fikir untuk puaskan nafsu sahaja

Berdasarkan satu lagi perkongsian, kami tertarik dengan nasihat yang diberikan Aisyah Hijanah di Instagram miliknya berkenaan isu ini. Dia memberi cadangan untuk kaum wanita lebih berhati-hati dan menyembunyikan pakaian dalam yang ingin disidai di tempat yang tertutup atau tidak mudah nampak oleh orang lain.

Kredit: Twitter | Instagram

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas