Connect with us

Oh! Media

Ada Pihak Kantoi Cuba Hidupkan Semula Ajaran Sesat Ayah Pin Di Terengganu

Ajaran sesat ayah pin ohmedia

Oh! Tidak

Ada Pihak Kantoi Cuba Hidupkan Semula Ajaran Sesat Ayah Pin Di Terengganu

Rupanya ada pihak tertentu yang cuba menghidupkan semula ajaran sesat ‘Kerajaan Langit’ Ayah Pin di sekitar Besut, Terengganu. Allahu!

BACAPemimpin Ajaran Sesat Kerajaan Langit, Ayah Pin Meninggal Dunia

Menurut laporan Harian Metro, perkara itu sedang dalam pemerhatian kerajaan dan perkara ini dikatakan sendiri Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi.

IKLAN

Dalam makluman dan sedang dalam tindakan pihak berwajib.

Sebelum ini tular satu hantaran di Facebook ‘Imam Muda Kulan’ yang mendedahkan ada gerakan pihak-pihak tertentu cuba untuk hidupkan semula ajaran Ayah Pin di sekitar Besut. 

Untuk info, ajaran ‘Kerajaan Langit’ itu telah difatwakan sesat oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) pada 1997 mengikut Seksyen 25 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986.

Beberapa premis dan replika gergasi di markas Ayah Pin telah dapat notis untuk dirobohkan pada tahun 2005 yang sewaktu itu mempunyai pengikut seramai lebih 150 orang.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas