Connect with us

Oh! Media

792 Mangsa Dari 4 Negeri Terkesan Dengan Banjir

Trending

792 Mangsa Dari 4 Negeri Terkesan Dengan Banjir

Hari ini, empat buah negeri Pantai Timur iaitu Terengganu, Kelantan, Pahang termasuk Perak telah terkesan dengan banjir.

ADVERTISEMENT

BACA: Rumah Tinggal Tangga Dihanyutkan Banjir, Rumah Baru Nenek Rohana Akhirnya Dah Siap!

Seramai 792 mangsa banjir daripada 222 keluarga telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan jumlah yang tertinggi direkodkan di Pahang.

Jumlah mangsa meningkat

Menurut laporan daripada Info Bencana Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat, empat PPS telah dibuka di Pahang dan membabitkan jumlah mangsa sebanyak 346 daripada 106 keluarga.

Manakala 7 PPS telah dibuka di Terengganu dan jumlah mangsa dilaporkan meningkat sebanyak 339 orang daripada 91 keluarga.

Di Perak, 2 PPS telah dibuka bagi melindungi 93 mangsa daripada 22 keluarga diikuti dengan sebuah PPS di Kelantan yang menempatkan 14 mangsa daripada tiga keluarga.

Kredit: Buletin TV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas