Connect with us

Oh! Media

Rumah Tinggal Tangga Dihanyutkan Banjir, Rumah Baru Nenek Rohana Akhirnya Dah Siap!

Trending

Rumah Tinggal Tangga Dihanyutkan Banjir, Rumah Baru Nenek Rohana Akhirnya Dah Siap!

Masih ingat tak korang mengenai kejadian banjir di Hulu Langat yang telah menyebabkan kerosakan harta benda dan rumah penduduk tahun lalu?

ADVERTISEMENT

Antara mangsa kejadian itu adalah Mak Cik Rohana yang mana rumahnya hanya tinggal tangga dihanyutkan banjir.

Rumah hanyut tinggal tangga

Terbaru, pendakwah Ebit Lew memaklumkan rumah baru yang dibinanya khas buat Mak Cik Rohana telah siap dibina.

Syukur kita bersama dapat menggembirakan seorang wanita seperti mak kita. Ya Allah berilah kesihatan buat Nenek Rohana dan bahagiakan hatinya dan jagalah dirinya sentiasa. Terimalah sedikit usaha kami ini. Hanya RedhaMu yang kami harapkan.

Dalam perkongsian itu, Ebit turut memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan kawasan luar dan dalam rumah.

Rumah baru dah siap

Beliau turut berterima kasih kepada semua orang yang telah bersama Pertubuhan Kasih Umat Malaysia selama ini. Ucapan terima kasih ditujukan juga buat adik beradik, jiran tetangga dan masyarakat Malaysia yang baik membantu Mak Cik Rohana selama ini.

Alhamdulilah, seronok sangat tengok akhirnya Mak Cik Rohana dapat rumah baru.

Kredit: Facebook Ebit Lew

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas