Connect with us

Oh! Media

58 Kawasan Akan Menghadapi Gangguan Air Selama Empat Hari Bermula Esok

83fccdaa 0750 43e6 a325 7fd0fa5893fe

Trending

58 Kawasan Akan Menghadapi Gangguan Air Selama Empat Hari Bermula Esok

Rasanya semua sudah sedia maklum mengenai masalah gangguan air yang sedang berlaku di Selangor dan Kuala Lumpur buat masa ini.

Terbaru, telah dilaporkan kira-kira 58 kawasan di Gombak dan Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan air bermula esok.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi posting mereka di Facebook hari ini telah memaklumkan, masalah gangguan kali ini adalah dari susulan kerja penggantian injap pada jajaran paip air mentah dari Empangan Klang Gates dan ini akan menyebabkan tugas Loji Rawatan Air (LRA) Wangsa Maju dan Bukit Nanas terhenti.

IKLAN

Kerja-kerja ini akan bermula jam 9 pagi pada Selasa (6 April) dan bekalan air akan pulih sepenuhnya pada jam 5 pagi, Jumaat (9 April).

Pengguna dinasihatkan menyimpan air secukupnya untuk kegunaan seisi rumah dan pastikan semua bekas simpanan ditutup. – Tulis Air Selangor Di Facebook.

Antara kawasan Kuala Lumpur yang terlibat adalah Chow Kit, Dang Wangi, Damansara Height, Bukit Bangsar, Bukit Bintang, Kementah, Kampung Baru, Brickfields dan lain-lain.

Sementara itu bagi kawasan Gombak, kawasan yang tergegas adalah di Bukit Wangsamas, Dataran Wangsa, Kisc Wangsa Maju, Taman Keramat AU4, Taman Wangsa Jaya, Wangsa Melawati dan Wangsa Maju (Seksyen 1, 2, 4, 5, 6, 10)

Untuk maklumat lanjut, korang juga boleh layari laman web https://www.airselangor.com/scheduled-water-supply-disruption-notice/

Kredit: Air Selangor

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas