Connect with us

Oh! Media

Oh! Negara

“Masalah Asas Bukan Politik” – Anwar Ibrahim Ulas Isu Air Kelantan, Sabah

Masalah bekalan air di Kelantan dan Sabah bukan lagi perkara yang baru untuk dibincangkan. Namun, baru-baru ini Kerajaan Persekutuan telah mengambil langkah untuk melibatkan belanja besar menangani isu ini.

BACA: Basuh Cadar Tapi Kotor Gara-Gara Air, Wanita Luah Rasa Berang Dengan Masalah Air Di Kelantan

IKLAN

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau berkata bahawa isu masalah air ini tidak melibatkan hal politik sebaliknya merupakan masalah asas buat rakyat.

Masalah air

air

Tambahan, Anwar juga memaklumkan bahawa beliau sudah berunding dengan Ketua Menteri Sabah dan Menteri Besar Kelantan mengenai isu tersebut.

Menteri Kewangan itu juga berkata beliau telah mempersembahkan kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bahawa kerajaan pusat perlu mengambil alih tanggungjawab mengenai masalah air tersebut meskipun menelan belanja yang besar.

Masalah air di Kelantan dan Sabah perlu ditangani kerana ia adalah masalah asas dan bukanlah hal politik.

Beliau berkata demikian ketika majlis perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Mei 2023 di Putrajaya pada pagi ini.

Kredit: MalaysiaKini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Bukan seorang doktor, Mini merupakan penulis beretika di Oh! Media yang akan cuba mencari dan menyebarkan maklumat dan info sahih lagikan benar. Tiada yang benar melainkan benar yang sebenar-benarnya.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas