Connect with us

Oh! Media

22 Kompaun Di SJR Plaza Tol Gombak Dikeluarkan Semalam

Trending

22 Kompaun Di SJR Plaza Tol Gombak Dikeluarkan Semalam

Sebanyak 22 kompaun dikeluarkan pihak polis membabitkan kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran di sekatan jalan raya (SJR) Plaza Tol Gombak, di sini, semalam.

ADVERTISEMENT

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya melakukan pemeriksaan teliti di SJR berkenaan bagi memastikan tiada pihak yang terlepas daripada melakukan kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran.

“Pemeriksaan dilakukan mendapati kebanyakan individu yang diperiksa mempunyai surat kebenaran rentas negeri dengan majoritinya membabitkan urusan balik dari universiti serta pusat pendidikan lain.

“Saya sendiri turun untuk memantau keadaan di SJR ini (Plaza Tol Gombak) bermula jam 5 petang semalam hingga 1 pagi hari ini bagi memastikan pemeriksaan teliti dilakukan terhadap setiap kenderaan yang melalui laluan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan teliti semalam, kami mengeluarkan 22 kompaun terhadap individu yang tidak mempunyai surat kebenaran rentas negeri yang dikenakan kompaun sebanyak RM5,000 setiap seorang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Berdasarkan penelitian yang dilakukan oleh pihaknya, Arifai berkata keadaan itu tidaklah begitu serius jika hendak dibandingkan pada hari perayaan seperti tahun sebelum ini.

“Kami mendapati kesesakan di laluan ini hanya sepanjang tiga kilometer dan ia tidaklah serius jika dibandingkan pada hari perayaan seperti tahun sebelum ini.

“Kebiasaannya pada tahun sebelum ini (sebelum PKP), kesesakan lalu lintas di laluan berkenaan lebih teruk iaitu sehingga 20 hingga 30 kilometer meskipun tiada SJR dilakukan di Plaza Tol Gombak,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menafikan status yang tular dimuat naik oleh seorang individu di media sosial yang mendakwa Lebuhraya Karak menghala ke Kuala Lumpur sesak teruk.

Kredit : SinarHarian

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas