Connect with us

Oh! Media

21.1 Juta Populasi Dewasa Malaysia Lengkap Dua Dos Vaksin

lengkap vaksin

Trending

21.1 Juta Populasi Dewasa Malaysia Lengkap Dua Dos Vaksin

90.4 peratus atau lebih dari 21.1 juta populasi dewasa di Malaysia sudah lengkap menerima dua dos suntikan Covid-19 pada malam semalam.

ADVERTISEMENT

BACA: 83 Peratus Pelajar Universiti Lengkap Dua Dos Vaksinasi

Data di CovidNow menunjukkan kita sudah cecah 94.9 peratus atau 22.2 juta populasi dewasa sudah lengkap sekurang-kurangnya satu dos vaksinasi.

Lengkap 100 peratus pada Februari

21.1 juta

Menurut portal CovidNow, Malaysia dijangkakan untuk mencapai 100 peratus kadar populasi dewasa lengkap divaksin pada 26 Februari 2022, dalam 137 hari lagi.

Remaja atau pelajar yang berumur 12 hingga 17 tahun yang sudah menerima lengkap dos vaksinasi adalah sebanyak 9 peratus atau seramai 283,023 orang dan lebih dari 2 juta orang yang sudah mendapat sekurang-kurang satu dos vaksinasi Covid-19.

21.1 juta

Secara keseluruhan, rata-rata dalam 65.6 kadar populasi rakyat Malaysia yang sudah lengkap dua dos suntikan dan 75 peratus populasi yang sekurang-kurangnya lengkap satu dos vaksinasi.

21.1 juta

Menjelang 26 November iaitu 45 hari dari tarikh hari ini, CovidNow menjangkakan Malaysia akan mencapai 80 peratus lengkap vaksinasi bagi keseluruhan penduduk.

Semoga program vaksinasi ini akan terus berjalan dengan lancar dan sama-sama kita mengingatkan mereka yang masih belum mendaftar untuk suntikan vaksin.

Kredit: CovidNow

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas