Connect with us

Oh! Media

2 Individu Cuba Curi Ekzos Kereta Berjaya Diberkas Pihak Polis

Trending

2 Individu Cuba Curi Ekzos Kereta Berjaya Diberkas Pihak Polis

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai sebuah video memaparkan tindakan dua orang individu yang dipercayai dalam cubaan untuk mencuri sebuah ekzos.

ADVERTISEMENT

BACA: ‘Ekzos Perang’ Jadikan Motosikal Laju Adalah Mitos? – Bekas Pelumba

Kejadian dikatakan berlaku di kawasan parkir sebuah Hotel De Palma, Ampang sebelum diketahui oleh salah seorang yang melalui jalan itu.

Selepas menyedari dirakam, salah seorang daripada suspek bertindak memberikan alasan sedang membaik pulih kenderaan tersebut sebelum melarikan diri.

Ditahan pihak polis

Walaubagaimanapun, kedua-dua suspek telah berjaya ditahan pihak polis di sekitar Sungai Besi pada pukul 11 malam.

Menurut laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata dua suspek itu merupakan warga tempatan berusia 24 dan 25 tahun.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak

Menurutnya lagi, semakan mendapati salah seorang daripada suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan jenayah manakala rakannya tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

Selain itu, pihak polis juga turut merampas beberapa barang yang dicuri termasuklah peralatan yang digunakan untuk membuka ekzos tersebut.

Kita juga telah merampas dua tabung ekzos, dua penyambung tabung ekzos, pelbagai peralatan membuka ekzos, gergaji besi dan sebuah kereta jenis Proton Iriz.

Mengulas lanjut, sebab utama suspek memotong tabung ekzos bagi mendapatkan besi platinum berharga yang terdapat di dalam tabung ekzos tersebut.

Menurut suspek, mereka telah terlibat dengan jenayah tersebut beberapa kali di sekitar kawasan daerah Ampang dan Kajang.

Pihak polis juga sedang giat menjalankan siasatan bagi mengenal pasti penglibatan suspek bagi lain-lain.

Mohamad Farouk berkata, ujian saringan air kencing akan dibuat selepas reman dilakukan hari ini di Mahkamah Ampang dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A (1) dan 511 Kanun Keseksaan.

Kredit: Kosmo! I Facebook Rapid Infotainment

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas