Connect with us

Oh! Media

‘Ekzos Perang’ Jadikan Motosikal Laju Adalah Mitos? – Bekas Pelumba

5ab4b590 b100 41c0 b5df 290538e0d05e

Oh! Gear

‘Ekzos Perang’ Jadikan Motosikal Laju Adalah Mitos? – Bekas Pelumba

Sepertimana yang kita tahu, pengubahsuaian ekzos pada motosikal akan dikenakan denda sebanyak RM2,000 atau penjara 6 bulan kepada pemiliknya. Ada yang mengatakan bahawa pengubahsuaian ekzos adalah untuk meningkat kelajuan sesebuah motosikal tersebut, betul ke?

Menerusi laporan Harian Metro, penggunaan ‘ekzos perang’ sebenarnya tidak mampu untuk meningkatkan kelajuan motosikal dan perkara ini dikatakan sendiri oleh bekas pelumba motosikal negara, Wazi Abdul Hamid. 

Sebenarnya modifikasi enjin seperti karburetor dan komponen lain sahaja yang boleh menambah kelajuan, bukan ekzos. Tidak ada kajian yang membuktikan perkara itu.

IKLAN

Cadangan saya penggunaan ekzos diubahsuai ini boleh dihadkan seperti untuk tujuan perlumbaan sahaja dan bukan di jalan raya.

Pengarah Jabatan dan Penguatkuasaan (Trafik JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias juga ada berkata yang pihaknya turut berbincang dengan agensi lain berhubung penjualan ekzos yang diubahsuai kepada orang awam memandangkan ia adalah diluar kuasa JSPT dan pihak polis hanya menjalankan tugasan saja.

Azisman juga berkata bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkuasa mengambil tindakan ke atas kedai yang menjual peralatan ekzos diubahsuai.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas