Connect with us

Oh! Media

11 Anggota Polis Ditahan, Positif Dadah

Trending

11 Anggota Polis Ditahan, Positif Dadah

Satu pemeriksaan rambang dibuat di dua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Perak mendapati seramai 11 anggota polis positif dadah selepas gagal dalam ujian awal saringan air kencing.

ADVERTISEMENT

BACA: Jadikan Bilik Di Balai Polis Sebagai ‘Disko’, 4 Anggota Polis Ditahan Bersama 4 Orang Wanita Awam

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid ketika ditemui Harian Metro, sembilan daripadanya positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine, manakala dua lagi positif dadah jenis Tetra Hydrocannibol (THC).

Seramai 31 anggota dari ibu pejabat polis daerah (IPD) pertama diambil urin secara rambang dan sembilan orang daripadanya didapati positif dadah.

Seramai 25 orang lagi anggota dari IPD kedua diambil urin secara rambang dan dua orang daripadanya didapati positif dadah.

Tambah Mior Faridalathrash lagi, mereka yang berusia antara 35 hingga 51 tahun terdiri daripada lans koperal hingga koperal.

Kesemua tangkapan sudah disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana memasukkan dadah ke dalam badan.

Hanya seorang daripada anggota yang ditangkap pernah ditangkap di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Walaubagaimanapun, kesemua anggota polis itu tidak akan dituduh kerana itu merupakan keputusan awal ujian saringan terhadap anggota berkenaan.

Selepas kita hantar urin ini untuk ujian patalogi dan jika mereka disahkan masih lagi positif dengan dadah tertentu, kita bercadang untuk tuduh (mereka) di mahkamah.

Anggota polis pun positif dadah, macam mana nak berkhidmat dengan telus untuk negara?

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas