Connect with us

Oh! Media

vivo Hadir Dengan Peranti Baru, Pilihan Terbaik Buat Influencer

Oh! Tech

vivo Hadir Dengan Peranti Baru, Pilihan Terbaik Buat Influencer

Baru-baru ini, vivo telah melancarkan peranti terbaru iaitu vivo Y36 5G. Acara yang diadakan di sekitar Petaling Jaya ini mendapat sambutan dari pihak media. Beberapa artis dan juga influencer terkenal turut hadir memeriahkan majlis. 

ADVERTISEMENT

Pelakon yang kian meningkat naik, Anna Jobling dipilih sebagai duta rasmi vivo Y36 5G bersama pempengaruh terkenal,  Arwind Kumar. 

Spesifikasi vivo Y36 5G Yang Mengagumkan

Untuk makluman korang, telefon vivo Y36 5G ini sangat diyakini oleh content creator kerana spesifikasi telefon yang begitu mengagumkan dari pelbagai aspek terutamanya kamera. 

vivo, vivo Y36 5G, anna jobling

Kamera utama bagi vivo Y36 5G seluas 50MP dan hadir dengan 2MP bagi bokeh. Bagi capture gambar pemandangan, memang lawalah disebabkan keluasan lensa yang ada pada telefon pintar ini. Bagi kamera swafoto pula, sebesar 16 MP diletakkan. Ia juga dilengkapi dengan feature kamera yang menarik seperti portrait light effect, portrait bokeh dan bokeh flare point. Confirm nanti follower tanya korang guna telefon apa.  

vivo Y36 5G hadir dengan skrin 6.64-inci LCD FHD+ dan dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 6020. Ia juga dilengkapi dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman sebesar 265GB. Memang cukuplah untuk menyimpan segala content. 

Telefon vivo Y36 5G ini diperkuatkan dengan bateri 5000mAh menggunakan pengecasan USB-C. Ia turut menyokong pengecasan pantas 44W. Jadi korang tak perlu risau sekiranya terlupa untuk mengecas sebab ia mampu membuat pengecasan penuh kurang daripada 1 jam tau. Laju teruklah! 

Bukan itu sahaja, telefon pintar ini turut mempunyai feature yang menarik seperti memory booster, audio booster, penarafan IPX4, penarafan IP5X dan juga NFC. Fuiyoh, lepas ini memang bayar guna telefon je, tak perlu bawa kad lagi. 

Tempat Pelancongan Sumber Inspirasi vivo

Menariknya keluaran terbaru vivo kali ini adalah pada variasi warna. Terdapat 2 warna yang boleh korang miliki iaitiu Semporna Hijau dan Mystic Black. Kedua-dua warna ini mempunyai rahsia serta konsep tersendiri. Tak speciallah kalau bukan vivo kan?  

vivo, vivo Y36 5G

Bagi warna Semporna Hijau, ia berkonsepkan tempat pelancongan di Sabah iaitu Pulau Semporna. Sedia maklum, persekitaran yang bersih dan laut yang jernih, memberi ilham buat vivo. Di samping itu, dapat mempromosikan Pulau Semporna buat pengguna vivo

Korang tahu kan yang warna hitam ini mudah digayakan dengan pelbagai fesyen. Jadi tidak hairan, apabila warna ini diambil sebagai pilihan untuk vivo Y36 5G. Hitam kan premium. Betul tak?  

Harga Mampu Milik 

vivo, vivo Y36 5G

vivo Y36 5G kini rasmi di pasaran Malaysia dan boleh didapati outlet vivo yang berdekatan pada harga RM 1099 je. Tambah menarik apabila setiap pembelian awal telefon pintar vivo Y36 5G  ini hadir dengan hadiah bernilai RM 298. Wuish, ini betul-betul berbaloi ni! 

Tunggu apa lagi, jadi yang terawal memiliki vivo Y36 5G. Untuk maklumat lanjut berkaitan promosi serta info terkini, layari laman sosial rasmi vivo di Instagram, Facebook, Twitter dan TikTok.  

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas